Blogger Backgrounds

Rabu, 21 Disember 2011

Bercinta Cara Islam









Islam adalah agama yang syumul.Sebuah agama yang lengkap.Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin selalu disayangi.Untuk apa Allah mencipta manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintah untuk membunuh fitrahnya???Ajaran islamtelah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.Selain itu,Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaan.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah.Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.....


Apabila diminta memberikan pendapat beliau,beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya."Sebernarnya dalam Islam,apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya,sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan  tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.Tetapi masyarakat sekarang silap.Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya.Kemudian mereka bercinta,berjanji,sumpah setia dan segala-galanya.Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini.Setelah Sekian lama bercinta,apabila ingin melangsungkan perkhawinan,emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,"tentang beliau









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cute Hamster

 
Deep Ocean Blue Surfboard