Sejarah Penubuhan
SMK.Dato'Ahmad Maher
SMK.Dato'Ahmad Maher
Sehingga 1991 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Jalan Bayam. Mulai tahun 1992, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher. Nama Dato’ Ahmad Maher yang dipilih merupakan seorang ulama’ tersohor di negeri Kelantan. Beliau pernah menjawat jawatan Mufti Negeri Kelantan. Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Ismail dan beliau juga digelar sebagai Tok Kemuning. Beliau merupakan pakar dalam pelbagai ilmu termasuklah ilmu mantik, falsafah, balaghah, nahu dan Kesusasteraan Arab
sekolah ini mula menjadi Sekolah Kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada tahun 1992. Sejak itu pengambilan pelajar ke sekolah ini telah dipilih.
Asrama SMK Dato’ Ahmad Maher mula beroperasi pada 06.08.1989 dengan jumlah penghuni ketika itu 566 orang.
Pada tahun 1996 sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 14 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk projek Pusat Sumber Elektronik (PSE) atau dikenali juga dengan projek ‘Rangkaian Munsyi’ anjuran bersama Jabatan Telekom Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Gred A mulai 1 Februari 1998.
Pada tahun 1999 SMK Dato’ Ahmad Maher telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 90 buah sekolah di seluruh negara untuk menjalani program Sekolah Rintis Bestari.
Mulai 2002, SMK Dato’ Ahmad Maher telah menawarkan pengajian pada peringkat 6 Bawah Aliran Kemanusiaan dan seterusnya Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia akan diambil oleh pelajar-pelajar sekolah ini bermula tahun 2003...............
Di SMK Dato' Ahmad Maher, terdapat empat bidang kebitaraan yang ditumpukan:
1. Bidang Pengucapan Awam
2. Bidang 'Excel Math'
3. Bidang ICT
4. Bidang Gamelan
1. Bidang Pengucapan Awam
2. Bidang 'Excel Math'
3. Bidang ICT
4. Bidang Gamelan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan