Blogger Backgrounds

Isnin, 21 November 2011

zirafah




Zirafah terkenal kerana leher mereka yang panjang yang membenarkan mereka meragut pucuk pokok. Zirafah turut memiliki kaki hadapan yang panjang. Bagaimanapun, kaki hadapan mereka hanya 1/10 lebih panjang berbanding kaki belakang. Struktur tulang pada bahagian tengkuk secara asasnya tidak berbeza berbanding kuda lain. Zirafah mempunyai tujuh vertebrata tengkuk yang dilonjongkan (jumlah yang sama seperti kuda dan manusia). Tulang ini membentuk kudup seperti tanduk yang dikenali sebagai ossicorns dan diselitupi dengan kulit Zirafah sebagaimana bahagian tenggorak yang lain.
Perubahan kepada struktur Zirafah, terutamanya bagi sistem kitaran darah. Jantung Zirafah, yang mampu mencecah sehingga 24 paun (10 kg), pernu menghasilkan hampri seganda berbanding tekanan darah normal bagi mamalia besar untuk mengatasi graviti bagi mengekalkan bekalan darah kepada otak. Pada bahagian atas leher, sistem pengawalan tekanan yang rumit yang dikenali sebagai rete mirabile menghalang aliran darah berlebihan kepada otak apabila Zirafah menundukkan kepalanya untuk minum. Begitu juga, saluran darah pada bahagian bawah kaki berada dalam keadaan tekanan tinggi (kerana berat cecair menekan keatasnya). Pada haiwan lain tekanan sebegitu akan memaksa darah keluar melalui dinding kapilari: Zirafah, sebaliknya, mempunyai sarung kulit tebal pada bahagian kaki bawah yang mengekalkan tekanan tinggi (extravascular) sama seperti baju-g juruterbang.
Zirafah jantan menentukan kesuburan Zirafah betina dengan merasai kencing zirafah betina untuk mengesan estrus dalam proses pelbagai peringkat yang dikenali sebagai tindak balas Flehmen.
Tempoh bunting Zirafah selama 457 hari atau antara 14 hingga 15 bulan yang melahirkan seekor anak dan kadang-kala jarang 2 semasa musim kemarau. Ibu Zirafah beranak secara berdiri dan uri sebenarnya pecah apabila anak zirafah jatuh ketanah. Anak zirafah yang baru lahir mempunyai ketinggian sekitar 1.8 metre. Anak yang baru dilahirkan mempunyai berat 70 kilogram atau 155 paun selama 10-30 hari. Dalam tempoh beberapa jam selepas dilahirkan, anak zirafah mampu berlari dan sukar dibezakan dengan yang telah berusia beberapa minggu; bagaimanapun, untuk dua minggu pertama, is menghabiskan banyak masa berbaring, dikawal oleh ibunya. Walaupun Zirafah dewasa terlalu besar untuk diserang oleh kebanyakan pemangsa, anak zirafah menjadi mangsa kepada singa, harimau bintang, dubuk, dan anjing pemburu Afrika. Ia telah dikemukakan bahawa ciri-ciri bertompok mereka memberikan tahap penyamaran tertentu. Hanya 25 hingga 50 peratus anak Zirafah mencapai dewasa; yang mana mempunyai tempoh hayat antara 20 dan 25 dahun liar dan 28 dalam tahanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cute Hamster

 
Deep Ocean Blue Surfboard