Menerima dan mengamalkan islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup perlu di laksanakan seluruh umat islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. , Hari kekasih juga digelar ''Valentine's Day'' yang di sambut 14Feb setiap tahun adalah sambutan yang di nanti2kan kebanyakan remaja bagi menyatakan kasih sayang antara satu sama lain. Sambutan ini bukan dari ajaran islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia .
Orang islam tidak digalakkan menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakan umatnya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau meransang kepada kemungkaran dan kemaksiatan.
Rasulullah s.a.w bersada yang bermaksud :
''Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-NYA, pasti kamu akan turut jejak langkah sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: "Siapa lagi kalau bukan mereka"?
''Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-NYA, pasti kamu akan turut jejak langkah sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: "Siapa lagi kalau bukan mereka"?
Setiap orang islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya ''Hari Kekasih'' yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat islam. Ingatlah sesungguh nya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdayakan umat islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat islam .