Blogger Backgrounds

Jumaat, 10 Februari 2012

Islam tidak digalakkan menyambu hari kekasih










Menerima dan mengamalkan islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup perlu di laksanakan seluruh umat islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. , Hari kekasih juga digelar ''Valentine's Day'' yang di sambut 14Feb setiap tahun adalah sambutan yang di nanti2kan kebanyakan remaja bagi menyatakan kasih sayang antara satu sama lain. Sambutan ini bukan dari ajaran islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia .



Orang islam tidak digalakkan menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakan umatnya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau meransang kepada kemungkaran dan kemaksiatan.

Rasulullah s.a.w bersada yang bermaksud :
''Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-NYA, pasti kamu akan turut jejak langkah sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: "Siapa lagi kalau bukan mereka"?

Setiap orang islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya ''Hari Kekasih'' yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat islam. Ingatlah sesungguh nya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdayakan umat islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat islam .



Selasa, 27 Disember 2011

bluetooth N wifi







Perempuan : Seperti  WIFI . Dia sentiasa  AVAILABLE untuk semua
rangkaian .  Tetapi hanya akan  CONNECT dengan   rangkaian yang paling kuat 
 ♥ 

Lelaki : Seperti  BLUETOOTH . Dia akan  CONNECT denganmu  bila kamu di  sampingnya . Dan akan  SEARCH  rangkaian lain apabila  kamu jauh darinya  

Ahad, 25 Disember 2011

Logo Monster Energy Taktik Barat Menyesatkan Akidah Umat Islam




MONSTER ENERGY
Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.
Assalamualaikum untuk semua pengunjung edisikini.Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.


Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.


Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.
Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Anda dinasihatkan agar sama-sama remove benda-benda sebegini.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.










Jumaat, 23 Disember 2011

Kelantan vs Persebaya











Kedua-dua pasukan tampil pemain import, pertemuan juara antara juara
KOTA BHARU – Pasukan mana yang bakal menjulang trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) buat julung kalinya mungkin hanya dapat ditentukan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada 28 Disember ini.
Namun yang menarik, pertemuan pertama kedua-dua pasukan, antara Kelantan selaku juara Liga Super Malaysia (MSL) dengan kelab Persebaya FC selaku juara Liga Prima Indonesia (IPL) yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Afandi Hamzah berkata, hubungan serumpun yang sedia terjalin di antara kedua-dua Negara sudah pasti dapat ditingkatkan melalui penganjuran perlawanan tersebut.
“Sudah pasti ia menjanjikan persembahan yang menarik bagi kedua-dua pasukan yang memegang status selaku juara liga di Negara masing-masing. Apatah lagi kedua-dua pasukan turut diperkuatkan dengan empat pemain import masing-masing.
“Saya percaya ini merupakan peluang terbaik bagi peminat bola sepak tempatan khususnya di Kota Bharu menyaksikan aksi berprestij kedua-dua pasukan itu. Selaku juara Liga Super musim ini, ia merupakan satu penghormatan tertinggi kepada Kelantan yang mewakili Negara dan begitu juga kelab tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam selepas mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi MSL di Kafe The Red Warriors, di sini, semalam.
Afandi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, perlawanan ini merupakan anjuran bersama MSL dengan IPL dan dipersetujui bersama pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Satu sambutan besar-besaran akan melakukan bagi meraikan kehadiran pasukan tersebut di Kota Bharu petang ini (semalam) dan mereka akan latihan ringan selama 45 minit di Padang Penjara esok (hari ini) pada sebelah petang sebelum bertemu Kelantan Jumaat ini.
“Perlawanan ini juga turut menarik minat Ketua Umum, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin dan Pengerusi Persebaya FC, Saleh Ismail Mukadar yang akan hadir ke Kota Bharu bagi menyaksikan perlawanan ini,” katanya.
Sementara itu sebanyak 15,000 tiket perlawanan bagi pertemuan Kelantan menentang Persebaya FC  itu akan di jual bermula jam 10 pagi ini di Stadium Sultan Muhammad IV. Harga tiket ialah RM30 (astaka utama), RM20 (astaka dua), RM12 (terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak.











Rabu, 21 Disember 2011

Bercinta Cara Islam









Islam adalah agama yang syumul.Sebuah agama yang lengkap.Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin selalu disayangi.Untuk apa Allah mencipta manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintah untuk membunuh fitrahnya???Ajaran islamtelah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.Selain itu,Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaan.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah.Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.....


Apabila diminta memberikan pendapat beliau,beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya."Sebernarnya dalam Islam,apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya,sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan  tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.Tetapi masyarakat sekarang silap.Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya.Kemudian mereka bercinta,berjanji,sumpah setia dan segala-galanya.Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini.Setelah Sekian lama bercinta,apabila ingin melangsungkan perkhawinan,emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,"tentang beliau









Bertuahnya Mereka






Orang buta,walaupun allah x beri penglihatan,akan tetapi mereka beruntung,kerana tiada langsung dosa zina mata.Melihat aurat dan benda2 yang x elok.Orang  bisu,walaupun allah x beri bercakap tetapi mereka beruntung,kerana tak ada langsung dosa percakapan bukan2,fitnah dan  sakitkan hati orang.Orang pekak,walaupun Allah tak beri pendengaran,meraka bertuah,kerana tiada dosa mendengar yang bukan2,fitnah dan perkara zina...Akan tetapi kita yang sempurna ni sangat suka dosa2 mereka yang mereka x merasanya.Beruntung dan bertuah mereka.Janganlah menhina dan memanggil  mereka cacat kerana sebenarnya mereka lebih sempurna disisi Allah s.w.t.......



GAJUS, SEBAIK PIL VITAMIN SEMULAJADI......












juadah biskut raya enak berasaskan kacang gajus, tanpa disedari menjadi antara yang popular sempena musim perayaan ini. Gajus sememangnya terkenal sebagai penambah rasa, justeru tidak menghairankan jika ia sering ditabur dalam masakan nasi tradisional seperti nasi minyak atau nasi beriyani, lauk-pauk seperti dalca dan pencuci mulut bagi mengangkat aromanya. Namun lebih menarik, ia sebenarnya bukan kacang sebarangan kerana padat dengan khasiat, dan jarang ditemukan dalam kekacang lain.

Teka-teki “buah apa bijinya di luar?” merujuk kepada jawapan gajus kerana keunikan bentuk buahnya. Bagi masyarakat Melayu, pohon gajus sering menghiasi laman rumah kerana pelbagai kegunaan. Selain menyedapkan masakan, ia juga digunakan untuk tujuan kesihatan sejak berzaman lamanya bagi meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal. Selain gajus, kekacang lain yang dipercayai menyimpan keistimewaan yang sama adalah berangan, soya, pistachio, badam dan kacang kuda.Turut dikenali sebagai pil vitamin semula jadi, gajus mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium, fosforus, kalsium, zink, selenium,zat besi dan potasium. Bahkan, kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K, vitaminC, vitamin E, niasin, folat, riboflavin dan thiamin juga membuatkan kacang yang berasal dari bumi Brazil ini kaya dengan nilai perubatan. 



Faedah Lain

1. Daun gajus berupaya membunuh bakteria dan kuman, mengubati cirit-birit, mengurangkan demam, gula darah, tekanan darah dan suhu badan.

2. Mempunyai lemak baikuntuk pengurusan berat badan. Namun disyorkan pengambilannya secara sederhana kerana ia tinggi kadar tenaga dan serat.

3. Gajus merupakan kudapan sihat untuk pesakit jantung.

Cute Hamster

 
Deep Ocean Blue Surfboard