Blogger Backgrounds

Selasa, 27 Disember 2011

bluetooth N wifi







Perempuan : Seperti  WIFI . Dia sentiasa  AVAILABLE untuk semua
rangkaian .  Tetapi hanya akan  CONNECT dengan   rangkaian yang paling kuat 
 ♥ 

Lelaki : Seperti  BLUETOOTH . Dia akan  CONNECT denganmu  bila kamu di  sampingnya . Dan akan  SEARCH  rangkaian lain apabila  kamu jauh darinya  

Ahad, 25 Disember 2011

Logo Monster Energy Taktik Barat Menyesatkan Akidah Umat Islam




MONSTER ENERGY
Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.
Assalamualaikum untuk semua pengunjung edisikini.Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.


Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.


Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.
Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Anda dinasihatkan agar sama-sama remove benda-benda sebegini.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.










Jumaat, 23 Disember 2011

Kelantan vs Persebaya











Kedua-dua pasukan tampil pemain import, pertemuan juara antara juara
KOTA BHARU – Pasukan mana yang bakal menjulang trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) buat julung kalinya mungkin hanya dapat ditentukan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada 28 Disember ini.
Namun yang menarik, pertemuan pertama kedua-dua pasukan, antara Kelantan selaku juara Liga Super Malaysia (MSL) dengan kelab Persebaya FC selaku juara Liga Prima Indonesia (IPL) yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Afandi Hamzah berkata, hubungan serumpun yang sedia terjalin di antara kedua-dua Negara sudah pasti dapat ditingkatkan melalui penganjuran perlawanan tersebut.
“Sudah pasti ia menjanjikan persembahan yang menarik bagi kedua-dua pasukan yang memegang status selaku juara liga di Negara masing-masing. Apatah lagi kedua-dua pasukan turut diperkuatkan dengan empat pemain import masing-masing.
“Saya percaya ini merupakan peluang terbaik bagi peminat bola sepak tempatan khususnya di Kota Bharu menyaksikan aksi berprestij kedua-dua pasukan itu. Selaku juara Liga Super musim ini, ia merupakan satu penghormatan tertinggi kepada Kelantan yang mewakili Negara dan begitu juga kelab tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam selepas mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi MSL di Kafe The Red Warriors, di sini, semalam.
Afandi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, perlawanan ini merupakan anjuran bersama MSL dengan IPL dan dipersetujui bersama pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Satu sambutan besar-besaran akan melakukan bagi meraikan kehadiran pasukan tersebut di Kota Bharu petang ini (semalam) dan mereka akan latihan ringan selama 45 minit di Padang Penjara esok (hari ini) pada sebelah petang sebelum bertemu Kelantan Jumaat ini.
“Perlawanan ini juga turut menarik minat Ketua Umum, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin dan Pengerusi Persebaya FC, Saleh Ismail Mukadar yang akan hadir ke Kota Bharu bagi menyaksikan perlawanan ini,” katanya.
Sementara itu sebanyak 15,000 tiket perlawanan bagi pertemuan Kelantan menentang Persebaya FC  itu akan di jual bermula jam 10 pagi ini di Stadium Sultan Muhammad IV. Harga tiket ialah RM30 (astaka utama), RM20 (astaka dua), RM12 (terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak.











Rabu, 21 Disember 2011

Bercinta Cara Islam









Islam adalah agama yang syumul.Sebuah agama yang lengkap.Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin selalu disayangi.Untuk apa Allah mencipta manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintah untuk membunuh fitrahnya???Ajaran islamtelah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.Selain itu,Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaan.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah.Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.....


Apabila diminta memberikan pendapat beliau,beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya."Sebernarnya dalam Islam,apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya,sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan  tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.Tetapi masyarakat sekarang silap.Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya.Kemudian mereka bercinta,berjanji,sumpah setia dan segala-galanya.Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini.Setelah Sekian lama bercinta,apabila ingin melangsungkan perkhawinan,emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,"tentang beliau









Bertuahnya Mereka






Orang buta,walaupun allah x beri penglihatan,akan tetapi mereka beruntung,kerana tiada langsung dosa zina mata.Melihat aurat dan benda2 yang x elok.Orang  bisu,walaupun allah x beri bercakap tetapi mereka beruntung,kerana tak ada langsung dosa percakapan bukan2,fitnah dan  sakitkan hati orang.Orang pekak,walaupun Allah tak beri pendengaran,meraka bertuah,kerana tiada dosa mendengar yang bukan2,fitnah dan perkara zina...Akan tetapi kita yang sempurna ni sangat suka dosa2 mereka yang mereka x merasanya.Beruntung dan bertuah mereka.Janganlah menhina dan memanggil  mereka cacat kerana sebenarnya mereka lebih sempurna disisi Allah s.w.t.......



GAJUS, SEBAIK PIL VITAMIN SEMULAJADI......












juadah biskut raya enak berasaskan kacang gajus, tanpa disedari menjadi antara yang popular sempena musim perayaan ini. Gajus sememangnya terkenal sebagai penambah rasa, justeru tidak menghairankan jika ia sering ditabur dalam masakan nasi tradisional seperti nasi minyak atau nasi beriyani, lauk-pauk seperti dalca dan pencuci mulut bagi mengangkat aromanya. Namun lebih menarik, ia sebenarnya bukan kacang sebarangan kerana padat dengan khasiat, dan jarang ditemukan dalam kekacang lain.

Teka-teki “buah apa bijinya di luar?” merujuk kepada jawapan gajus kerana keunikan bentuk buahnya. Bagi masyarakat Melayu, pohon gajus sering menghiasi laman rumah kerana pelbagai kegunaan. Selain menyedapkan masakan, ia juga digunakan untuk tujuan kesihatan sejak berzaman lamanya bagi meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal. Selain gajus, kekacang lain yang dipercayai menyimpan keistimewaan yang sama adalah berangan, soya, pistachio, badam dan kacang kuda.Turut dikenali sebagai pil vitamin semula jadi, gajus mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium, fosforus, kalsium, zink, selenium,zat besi dan potasium. Bahkan, kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K, vitaminC, vitamin E, niasin, folat, riboflavin dan thiamin juga membuatkan kacang yang berasal dari bumi Brazil ini kaya dengan nilai perubatan. 



Faedah Lain

1. Daun gajus berupaya membunuh bakteria dan kuman, mengubati cirit-birit, mengurangkan demam, gula darah, tekanan darah dan suhu badan.

2. Mempunyai lemak baikuntuk pengurusan berat badan. Namun disyorkan pengambilannya secara sederhana kerana ia tinggi kadar tenaga dan serat.

3. Gajus merupakan kudapan sihat untuk pesakit jantung.

Selasa, 13 Disember 2011

SINGLE is SIMPLE




Hai!!korang apa khabar kalau baik........syukur alhamdullilah........harap2 xde siapa yang sakit ok!!huhu......

Kat sini sape still Single Mingle?? kompem ramai kot...hehehe.....korang tau kan single is simple...ha....x...

ok kalu korang x tahu lagi meh sini saya bagitau.........salah saya kenapa single is simple adalah
kita x perlu menyusahkan otak untuk memikirkan si dia........pas2 boleh menjimatkan pembelajaan....

Dan......kita xyah la nak keluarkan duit untuk pasangan kita kalau pergi keluar bersame2............pas2 xde la nak cemburu buta...ye...dak.......hehehe kalau SINGLE xde sape nak kacau idop kita.......

Huhuhu.........maaf la ye kalau ada sesiapa yang terasa.....hehehe.Kalau korang setuju komen ya.....sekian



 


Jumaat, 9 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega-Boboi Sorry Sorry Boboi Lari



Hye.........hari ni saya x ada idea la nak tulis apa kat sini


so malam ni kita berhibur dengan lagu ni ya.......


Seronok jugak dengar mereka melawak sambil menyanyi..........


Kalau tengok Harun Salim Bachik dari jauh dia..........


nampak muda je kalau dia pakai macam tu kan?????


banyak pulak memebel sorang-sorang ni..............


Apa-apapun tengok je lah video ni...................


mungkin ada yang rasa lawak mungkin jugak ada yang


hanya rasa biase-biase je.....


Lepas tengok bagi pendapat korang ya......

Rabu, 7 Disember 2011

Manchester City dan United Tersingkir awal









                              
kekecewaan melanda Manchester United dan Manchester City apabila kedua-dua kelab Manchester gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati saigan Liga Juara-Juara Eropah

Manchester United yang tewas kepada FC Basel hanya memperoleh gol pada minit ke 86 hasil jaringan Phill Jones  selepas ketinggalan 2-0 kepada kelab Switzerland itu.FC Basel memperoleh 2 gol  mendahului Manchester United melalui penyerang berbisa mereka  iatu FREI dan STRELLER


                           

                                        Sergio Aguero jelas kecewa
                                 


Manakala Manchester City pula,Meskipun menang 2-0 ke atas Bayern Munich di tempat sendiri juga gagal layak ke pusingan kalah mati apabila hanya menduduki tempat ketiga kumpulan..Gol manchester city dijaringkan oleh pemain sayap hebat mereka iaitu David Silva serta pemain tengah Yaya Toure.

Malang bagi Manchester City apabila mengharapkan Napoli tewas kepada Villareal nampaknya tidak berhasil apabila kelab Napoli menang ke atas Villareal 0-2 di tempat lawan.


                                   


                                                               

I'm Gonna Miss My Friends And My School



                       I'm Gonna Miss My Friend And My School
                                           (S.K.K.K2)


I will miss this school

Thnx to all teacher yang sudi mengajar aku .
Dari aku darjah1 hingga lah ke darjah 6.

Hmm......kepada kawan2 aku.
Terutamanya,Naim,Hayy,Faris,Hazim
Thnx sbb korang sudi jadi kawan ngan aku .

Aku gembira sangat dapat kawan macam korang.

Susah senang kita hadapi bersama.

And,aku nak minta maaf kat korang.

Kalau selama kita kenal neyh,
Aku ada buat korang marah and sakit hati.

Hope korang maafkan aku.

Korang memang yang t'baik.

Aku suka sangat kawan denga korang.

Aku harap nanti aku pergi ke sekolah baru,
Aku akan dapat kawan macam korang.
 

Kumpulan Euro 2012 Ukraine



             
              Berikut adalah kumpulan yang telah diundi



Kumpulan A: Poland,Greece,Russia,Republik Czech

Kumpulan B: Belanda,Denmark,Jerman,Portugal

Kumpulan C: Sepanyol,Itali,Republic of Ireland,Croatia

Kumpulan D: Ukraine,Sweden,Perancis,England

                                                       
                                                   
 
                                     Piala UEFA EURO 2012
                                             


Ahad, 4 Disember 2011

my favorite band

                                                                                       
Jonas Brothers Profile

Famous as:
Cristian rock band

Birth name:
Sons of jonas

Birth Place:
Wyckoff,New Jersey,USA


Genre:
Pop Rock and Teen Pop





Member of the band profile




Full Name: Joseph Adam Jonas

Date Of Birthday: August 15th,1989

Place Of Birthday: Casa Grande,Arizona

Star Sign: Leo

Chinese Horoscope sign: Snake

Parents: Kevin (Sr.) and Denise Jonas

Siblings: Kevin (Jr.),Nick and Frankie Jonas

Hobbies: Making Movies, jogging and working out

Instruments: Guitar,piano,percussion(tambourine)

Favorite Food:Chicken cutlet , Sandwich with mayo

Favorite colour:Blue

Favorite Ice-Cream: Chocolate Marshmallow

Favorite Sport:Wiffel Ball




                                         

Full Name: Nicholas Jerry Jonas

Date Of Birth: september 16th, 1992

Place Of Birth: Dallas, Texas

Star Sign: Virgo

Chinese Horoscope Sign: Monkey

Parents: Kevin (Sr.) and Denise Jonas

Sibbling: Kevin (Jr.), Joe and Frankie Jonas

Hobbies: Music, song writing, baseball, collecting baseball cards, tennis and golf
           

Instruments: Guitar,drums and piano

Favorite food: Steak

Favourite colour: Blue

Favorite Ice-Cream: Cotton Candy



Favorite sports:Baseball








Full Name: Paul Kevin Jonas

Date Of Birth: November 5th,1987

Place Of Birth: Teaneck,New Jersey

Star Sign: Scorpio

Chinese Horoscope Sign: Rabbit

Parents: Kevin (Sr.) and Denise Jonas

Siblings: Joe,Nick and Frankie Jonas

Hobbies: Playing Guitar and Bowling

Instruments: Guitar

Favorite Food: Sushi

Favorite Colour: Green

Favorite Ice-Cream: Rocky Road

Favorite sport: Pole Vaulting






















Sabtu, 3 Disember 2011

Welcome to my blog

hye........selamat datang ke blog saya tapi maaf la blog saye ni x lah cantik sangat macam kawan2.Saye saje-sje je buat blog ni untuk release tension........kalau nak kenal saye tu atas tu la gambar saye.....................amacam hensem x???? xD..............Jangan lupa visit la blog saya time korang ada masa.Insyaallah saya akan post benda yang menarik................Jangan lupa ya FOLLOW blog saye.................  



                                         

Khamis, 1 Disember 2011

Upin Dan Ipin






Mula disiarkan pada bulan Ramadhan 2007 siri’ Upin & Ipin’yang hanya empat minit durasinya,bertujuan mendidik anak-anak menghayati erti dan kepentingan bulan mulia itu.Namun atas sambutan penonton yang memberangsangkan,ia mula diterbitkan secara bersiri.
Adik-beradik kembar yang comel , Upin dan Ipin tinggal bersama kakak Ros dan Opah di Kampung Durian Runtuh, setelah kematian kedua ibu bapa mereka.Mereka Menghadiri Tadika Mesra, Upin dan Ipin mempunyai sekumpulan kawan-kawan yang bermacam-macam ragam dan bangsa.
Mei Mei yang comel, berpemikiran waras sementara Jarjit Singh gemar berjenaka dan berpantun. Ehsan seorang yang penyepi, cemerkap dan kuat makan. Sepupu Ehsan, Fizi
suka memerli walaupun begitu,sebenarnya dia adalah budak yang manja . Mael pula berdaya keusahawanan dan pandai berkira.Dia selalu menolong ibunya di kedai denga menjerit Dua Seringit










Cute Hamster

 
Deep Ocean Blue Surfboard