Blogger Backgrounds

Ahad, 27 November 2011

spongbob and friends




I'm moody , like Squidward . Sometimes selfish , like Mr. Krabs . A bit dumb , like Patrick.I'm also evil like, planton.I'm pretty strong,like sandy N I'll always be here for you , like SpongeBob.

Khamis, 24 November 2011

Sekolah Idamanku

                 Sejarah Penubuhan
            SMK.Dato'Ahmad Maher       


 Sekolah ini mula ditubuhkan pada 01.05.1985 oleh Tan Sri Dato’ Dr. Wan Muhd Zahid bin Mohd Nordin iaitu Pengarah Pendidikan Kelantan ketika itu.
Sehingga 1991 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Jalan Bayam.  Mulai tahun 1992, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher. Nama Dato’ Ahmad Maher yang dipilih merupakan seorang ulama’ tersohor di negeri Kelantan.  Beliau pernah menjawat jawatan Mufti Negeri Kelantan.  Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Ismail dan beliau juga digelar sebagai Tok Kemuning.  Beliau merupakan pakar dalam pelbagai ilmu termasuklah ilmu mantik, falsafah, balaghah, nahu dan Kesusasteraan Arab

sekolah ini mula menjadi Sekolah Kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada tahun 1992.   Sejak itu pengambilan pelajar ke sekolah ini telah dipilih.

Asrama SMK Dato’ Ahmad Maher mula beroperasi pada 06.08.1989 dengan jumlah penghuni ketika itu 566 orang.

Pada tahun 1996 sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 14 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk projek Pusat Sumber Elektronik (PSE) atau dikenali juga dengan projek ‘Rangkaian Munsyi’ anjuran bersama Jabatan Telekom Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Gred A mulai 1 Februari  1998.

Pada tahun 1999 SMK Dato’ Ahmad Maher telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 90 buah sekolah di seluruh negara untuk menjalani program Sekolah Rintis Bestari.

Mulai 2002, SMK Dato’ Ahmad Maher telah menawarkan pengajian pada peringkat 6 Bawah Aliran Kemanusiaan dan seterusnya Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia akan diambil oleh pelajar-pelajar sekolah ini bermula tahun 2003...............
 
    
Sekolah Menengah Kabangsaan Dato' Ahmad Maher adalah salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini juga merupakan sebuah Sekolah Bestari Perdana. Sebagai salah sebuah sekolah yang dikawal kemasukan pelajarnya oleh Jabatan Pelajaran Kelantan, sekolah ini telah mencatatkan kecemerlangan pencapaian akademik sejak dari tahun 1991 lagi dan sentiasa menjdai sekolah yang menjadi tarikan pelajar-pelajar tingkatan satu di negeri ini.
Di SMK Dato' Ahmad Maher, terdapat empat bidang kebitaraan yang ditumpukan:
1. Bidang Pengucapan Awam
2. Bidang 'Excel Math'
3. Bidang ICT
4. Bidang Gamelan

Rabu, 23 November 2011

akim feat stacy-Jahatnya Cinta Lirik


Oh.. jahatnya kamu
Inilah cintaku,
Inilah sayangku
Inilah cinta

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku oh..
Dan terus ku datang mencuba
Adakah khayalan menjadi nyata

Aku, aku, bagai sudah terkena
Hati gembira rasa jahatnya kamu
Engkau, engkau, penyebab ku terigau
Jiwa mula bermanja jahatnya cinta

woo…. woohh…..

Kepala kata jangan gelojoh
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia..

Aku, aku, bagai sudah terkena
Hati gembira rasa jahatnya kamu
Engkau, engkau, penyebab ku terigau
Jiwa mula bermanja jahatnya cinta

Aku, aku, bagai sudah terkena
Hati gembira rasa jahatnya kamu
Engkau, engkau, penyebab ku terigau
Jiwa mula bermanja jahatnya cinta

huuu.. woo….

Dah terkena (dah terkena) kena demam cinta
Dah terkena (dah terkena) kena demam cinta

Aku, aku, bagai sudah terkena
Hati gembira rasa jahatnya kamu
Engkau, engkau, penyebab ku terigau
Jiwa mula bermanja jahatnya cinta

Aku, aku, bagai sudah terkena
Hati gembira rasa jahatnya kamu
Engkau, engkau, penyebab ku terigau
Jiwa mula bermanja jahatnya cinta
Oh jahatnya cinta

Selasa, 22 November 2011

PSP Baru

                               macam2  psp boleh buat









Maksud PSP= PLAY STATION PORTABLE

PSP Go adalah psp yang baru sahaja keluar dipasaran jadi dapatkan 1

Isnin, 21 November 2011

Burung Helang Hitam


 Helang merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.

Helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.
Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkapikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh.
Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Penyu



Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.
Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama denganular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.
Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.
Penyu mengalami siklus bertelur yang beragam, dari 2 - 8 tahun sekali. Sementara penyu jantan menghabiskan seluruh hidupnya di laut, betina sesekali mampir ke daratan untuk bertelur. Penyu betina menyukai pantai berpasir yang sepi dari manusia dan sumber bising dan cahaya sebagai tempat bertelur yang berjumlah ratusan itu, dalam lubang yang digali dengan sepasang tungkai belakangnya. Pada saat mendarat untuk bertelur, gangguan berupa cahaya ataupun suara dapat membuat penyu mengurungkan niatnya dan kembali ke laut.
Penyu yang menetas di perairan pantai Indonesia ada yang ditemukan di sekitar kepulauanHawaii. Penyu diketahui tidak setia pada tempat kelahirannya.
Tidak banyak regenerasi yang dihasilkan seekor penyu. Dari ratusan butir telur yang dikeluarkan oleh seekor penyu betina, paling banyak hanya belasan tukik (bayi penyu) yang berhasil sampai ke laut kembali dan tumbuh dewasa. Itu pun tidak memperhitungkan faktor perburuan oleh manusia dan pemangsa alaminya seperti kepiting, burung dan tikus di pantai, serta ikan-ikan besar begitu tukik tersebut menyentuh perairan dalam.

zirafah




Zirafah terkenal kerana leher mereka yang panjang yang membenarkan mereka meragut pucuk pokok. Zirafah turut memiliki kaki hadapan yang panjang. Bagaimanapun, kaki hadapan mereka hanya 1/10 lebih panjang berbanding kaki belakang. Struktur tulang pada bahagian tengkuk secara asasnya tidak berbeza berbanding kuda lain. Zirafah mempunyai tujuh vertebrata tengkuk yang dilonjongkan (jumlah yang sama seperti kuda dan manusia). Tulang ini membentuk kudup seperti tanduk yang dikenali sebagai ossicorns dan diselitupi dengan kulit Zirafah sebagaimana bahagian tenggorak yang lain.
Perubahan kepada struktur Zirafah, terutamanya bagi sistem kitaran darah. Jantung Zirafah, yang mampu mencecah sehingga 24 paun (10 kg), pernu menghasilkan hampri seganda berbanding tekanan darah normal bagi mamalia besar untuk mengatasi graviti bagi mengekalkan bekalan darah kepada otak. Pada bahagian atas leher, sistem pengawalan tekanan yang rumit yang dikenali sebagai rete mirabile menghalang aliran darah berlebihan kepada otak apabila Zirafah menundukkan kepalanya untuk minum. Begitu juga, saluran darah pada bahagian bawah kaki berada dalam keadaan tekanan tinggi (kerana berat cecair menekan keatasnya). Pada haiwan lain tekanan sebegitu akan memaksa darah keluar melalui dinding kapilari: Zirafah, sebaliknya, mempunyai sarung kulit tebal pada bahagian kaki bawah yang mengekalkan tekanan tinggi (extravascular) sama seperti baju-g juruterbang.
Zirafah jantan menentukan kesuburan Zirafah betina dengan merasai kencing zirafah betina untuk mengesan estrus dalam proses pelbagai peringkat yang dikenali sebagai tindak balas Flehmen.
Tempoh bunting Zirafah selama 457 hari atau antara 14 hingga 15 bulan yang melahirkan seekor anak dan kadang-kala jarang 2 semasa musim kemarau. Ibu Zirafah beranak secara berdiri dan uri sebenarnya pecah apabila anak zirafah jatuh ketanah. Anak zirafah yang baru lahir mempunyai ketinggian sekitar 1.8 metre. Anak yang baru dilahirkan mempunyai berat 70 kilogram atau 155 paun selama 10-30 hari. Dalam tempoh beberapa jam selepas dilahirkan, anak zirafah mampu berlari dan sukar dibezakan dengan yang telah berusia beberapa minggu; bagaimanapun, untuk dua minggu pertama, is menghabiskan banyak masa berbaring, dikawal oleh ibunya. Walaupun Zirafah dewasa terlalu besar untuk diserang oleh kebanyakan pemangsa, anak zirafah menjadi mangsa kepada singa, harimau bintang, dubuk, dan anjing pemburu Afrika. Ia telah dikemukakan bahawa ciri-ciri bertompok mereka memberikan tahap penyamaran tertentu. Hanya 25 hingga 50 peratus anak Zirafah mencapai dewasa; yang mana mempunyai tempoh hayat antara 20 dan 25 dahun liar dan 28 dalam tahanan.

Cute Hamster

 
Deep Ocean Blue Surfboard